Keratan Akhbar

SOFI JIKAN DIREMAN TIGA HARI

 

Petaling Jaya - Pelakon Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, direman tiga hari sehingga esok, bagi membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Hairul Azhar Mohd Ishak terhadap pelakon berusia 48 tahun yang terkenal dengan dialog 'kasi sengat' itu.

Sofi disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun. 

Terdahulu, pelakon memakai baju lokap berwarna jingga itu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada jam 9.03 pagi sebelum dibawa masuk ke bilik reman pada jam 11.25 pagi.

Sumber: Berita Harian





PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS