Keratan Akhbar

PRU 14 : POLIS SUDAH BERSEDIA

Kuala Lumpur, 3 Mac 2018 - Tahap siap siaga anggota dan pegawai polis di seluruh negara adalah 99.9 peratus bagi memastikan kelancaran proses PRU14.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, siap siaga Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada PRU kali ini lebih luar biasa berbanding PRU terdahulu.

Menurutnya, PDRM bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan seluruh proses pilihan raya berjalan lancar, "Saya turun ke semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) supaya demokrasi diterjemah sepeniihnya untuk semua calon daripada semua parti politik, dalam menggunakan hak mereka sebagai calon sepanjang PRU14 dijalankan.

"Kesiapsagaan luar biasa, kerana kita mahu tentukan pengundi rasa selamat," katanya selepas mesyuarat bersama pengurusan tertinggi PDRM di IPK Kuala Lumpur, di sini.

Kemuncak latihan bagi menghadapi PRU 14 akan di-laksanakan hari ini, melibatkan semua anggota dan pegawai di selumh negara bagi memastikan berada pada tahap 100 peratus.

"Justeru, semua cuti dibekukan sejak heberapa minggu lalu sehingga PRU14 selesai.

"Siap siaga ini diambil kira daripada sebelum pembubaran dan tarikh pilihan raya sehingga penamaan calon dan waktu mengundi," katanya.

Segala gerak kerja PDRM disusun atur mengikut piawaian ditetapkan Bukit Aman.

Ia termasuk memastikan kelancaran proses pengimdian sepanjang PRU 14 di seluruh negara termasuk aliran lalu lintas.

- Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS