Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN BERSEMPENA HARI POLI KE-211: TERIMA KASIH DARI KAMI

Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima tiga khabar gembira daripada pihak kerajaan Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam Upacara Sambutan Peringatan Hari Polis ke-211 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, semalam.

Tiga khabar gembira itu adalah peruntukan RM15 juta untuk membaiki kesemua infrastruktur di PULAPOL Kuala Lumpur itu sendiri termasuklah kos membaiki lif di berek kediaman yang sering rosak, peruntukan RM1.5 bilion skim pelaburan dana khas Amanah Saham Bumiputera (ASB) menerusi Koperasi PDRM dan peruntukan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia atau PPA1M.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Harian Metro di bawah.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS