Keratan Akhbar

ISU ROKOK SELUDUP: MASYARAKAT BOLEH BANTU POLIS BUAT "CITIZEN ARREST"

Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya Pasukan Polis Marin (PPM) berdepan dengan tugas mencabar dalam usaha melumpuhkan kegiatan penyeludupan rokok seludup yang masuk ke dalam negara melalui 'laluan-laluan tikus'.

Menurut Komander PPM, kebanyakan sindiket yang membuat penyeludupan melalui jalan air mempunyai peralatan yang canggih termasuk bot pancung berkelajuan tinggi dan kenderaan pengangkut mewah seperti Toyota Vellfire bagi menggaburi mata pihak berkuasa.

Masyarakat dinasihatkan untuk sentiasa ambil peduli dengan membantu pihak berkuasa terutamanya polis dalam membenteras kegiatan jenayah ini malah masyarakat juga boleh melakukan "citizen arrest" kepada ahli-ahli sindiket sebelum menyerahkan mereka kepada polis untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Harian Metro di bawah.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS