Keratan Akhbar

POLIS KELANTAN CANTAS GENG POK CHEK DI NEGERI TERSEBUT

Kegiatan jahat tujuh penjenayah bergelar Geng Pok Chek melakukan samun, ragut dan pecah rumah sejak awal tahun ini berkubur apabila kesemuanya termasuk seorang wanita diberkas dalam dua operasi di Kota Bharu dan Wakaf Bharu, Tumpat baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata, kesemua suspek berusia 31 hingga 38 tahun itu disyaki telah melakukan sekurang-kurangnya 20 kes jenayah di Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai.

Katanya, selain menahan suspek-suspek, polis turut merampas tiga buah kereta jenis Honda City, Proton Waja dan perodua Alza, motosikal Yamaha 125Z, telefon bimbit dan barangan kemas yang keseluruhannya berjumlah lebih RM220,000.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Kosmo di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS