Keratan Akhbar

ENAM AHLI GENG KAPAK TUMPAS

Geng Kapak yang aktif melakukan samun tumpas selepas polis menahan enam ahlinya dalam beberapa serbuan sejak dua bulan lalu.

Mereka yang dipercayai terbabit dalam 26 kes samun sekitar negeri itu ditahan polis antara 20 Februari hingga 8 Mac lalu manakala dua lagi ahli yang masih bebas kini diburu polis.

Siasatan lanjut mendapati kumpulan itu bergerak secara berpasangan untuk melakukan samun menggunakan kapak sebelum melarikan barangan berharga dengan motosikal.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS