Keratan Akhbar

POLIS TEMUKAN SENJATA KES BUNUH KANAK-KANAK


Kuala Lumpur, 20 Jun 2018 - Senjata yang dipercayai digunakan dalam kes bunuh kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun di Jalan Kuang Gunung 4, Kepong di sini, ditemukan semalam.

Difahamkan, senjata tersebut ditemukan di sekitar lokasi kejadian hasil pemeriksaan dijalankan pihak polis, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R, Munusamy ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai penemuan berkenaan berikutan bimbang akan mengganggu siasatan.

''Suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kita juga sudah menghantar suspek untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur semalam," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS