Keratan Akhbar

WARGANEGARA MYANMAR LANGGAR ANGGOTA POLIS DITAHAN

Bagi mengelak sekatan jalan raya, seorang lelaki warganegara asing sanggup memandu kereta melawan arus sebelum bertindak merempuh motosikal dinaiki seorang anggota polls yang cuba mengarahkannya menghentikan kenderaan tersebut dekat sini semalam.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika sepasukan pegawai dan anggotanya menjalankan sekatan jalan raya di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah di Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Lelaki warganegara Myanmar yang memandu kereta Proton Saga secara berseorangan bertindak melawan ams dan membuat pusingan 'U' di depan Taman Kelisa apabila menyedari sekatan jalan raya oleh polis.

Dia kemudiannya bertindak agresif dengan melanggar motosikal ditunggang anggota polis di lampu Isyarat menuju ke Jalan Putra sehingga mengakibatkan anggota tersebut patah pergelangan tangan kanan.

Walaubagaimanapun, suspek berjaya dikesan oleh pihak polis yang turut mengekorinya sehingga ke sebuah pasaraya yang membawa kepada penahanannya.

Pemeriksaan lanjut terhadap beg silang yang dibawa suspek mendapati terdapat dua paket plastik lutsinar dan satu keratan tiub straw mengandungi dadah jenis heroin seberat kira-kira 3.88 gram sebelum polis menjumpai tiga paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi dadah disyaki heroin seberat kira-kira 327.10 gram di kerata miliknya.

Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morphin dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS