Keratan Akhbar

LELAKI JAGA PUSAT JUDI SIBER DITAHAN

Seorang penjaga pusat judi siber ditahan selepas premis di Merlimau, Jasin diserbu sepasukan polis dari Balai Polis Merlimau pada 20 Jun lalu.

Serbuan dllakukan berdasarkan risikan pihak polis mengekang aktiviti perjudian siber setiap minggu menerusi Op Dadu.

Seorang lelaki disyaki penjaga premis berusia 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas telefon bimbit dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan judi dalam talian, tiga keping kertas tertulis nombor telefon disyaki tambah nilai judi serta wang tunai RM296.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS