Keratan Akhbar

POLIS NAFI WUJUD KES CUBAAN CULIK KANAK-KANAK

Sebuah posting di laman Facebook yang menyatakan ada kes cubaan culik kanak-kanak di Felda Keratong2, Kuala Rompin mencetuskan kebimbangan penduduk dan netizen.

Menurut posting berkenaan, pemilik akaun bernama Zarene Azak Azouk meminta semua berhati-hati kanak-kanak diumpan dengan aiskrim oleh pelaku yang menaiki van putih dan sebuah motosikal.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor yang dihubungi menafikan kejadian itu berlaku.

Beliau turut menafikan kewujudan van berwarna putih seperti yang ditularkan.

Setakat ini tiada sebarang laporan polis yang dibuat berkaitan dengan kes ini dan beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan cerita yang tidak sahih sebegini.

Bagi yang gemar kongsi di media sosial, jika terima atau melihat posting begini, sila dapatkan pengesahan dengan polis bagi mengelak menyebarkan maklumat tidak benar.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS