Keratan Akhbar

KES BUNUH PEMANDU GRAB: POLIS SUDAH KENAL PASTI SUSPEK

Serdang: Polis sudah mengenal pasti identiti penumpang terakhir warga asing yang menggunakan khidmat pemandu Grab, Aiman Nosri, 27, sebelum mangsa ditemui meninggal dunia di dalam kereta miliknya di Taman Selayang Makmur, Gombak, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Tey Kong Seng berkata, maklumat itu diperoleh daripada pihak Grab bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Berdasarkan maklumat diterima, kami dimaklumkan penumpang terakhir yang menggunakan khidmat Aiman adalah lelaki warga asing.

"Usaha mengesan lelaki terbabit sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan kes berkenaan,"katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS