Keratan Akhbar

POLIS GIAT KESAN JUDI BOLA

Seremban, 8 Julai 2018 - Polis Negeri Sembilan giat melakukan pemantauan dan pemeriksaan kegiatan judi membabitkan perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2018.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, maklumat awam diperlukan kerana kegiatan itu sukar dikesan polis kerana dibuat secara dalam talian.

"Mereka tidak lagi perlu ke premis untuk berjudi tetapi hanya menggunakan aplikasi WhatsApps untuk buat pertaruhan dan boleh berada di merata-rata tempat.

"Jadi maklumat dari orang awam itu amat penting dan sehingga kini beberapa tangkapan telah dibuat hasil maklumat awam dan risikan polisdan kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan dalang judi ini berpusat di luar negara kerana urusan perjudian dilakukan dalam talian.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS