Keratan Akhbar

POLIS TAHAN LELAKI PENYOKONG MILITAN DAESH, UGUT BUNUH SERI PADUKA

Kuala Lumpur - Seorang lelaki tempatan disyaki penyokong kumpulan militan Daesh yang sebelum ini mengugut untuk membunuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V serta pemimpin negara akhirnya ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Suspek berusia 34 tahun adalah seorang daripada tujuh individu, termasuk seorang wanita ditahan dalam operasi dijalankan PDRM antara 12 Julai lalu hingga kelmarin di Johor, Perak, Terengganu dan Selangor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek seorang penganggur ditahan Selasa lalu di Skudai, Johor.

Katanya, sebelum ini, suspek pernah memuat naik satu posting di laman sosial mengugut untuk membunuh Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Sumber- Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS