Keratan Akhbar

UGUT BUNUH ADUN, DUA LELAKI DITAHAN

Dua lelaki ditahan lewat semalam bagi membantu siasatan berhubung nota ugutan bunuh yang diterima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid baru-baru ini.

Suspek yang berusia 27 dan 49 tahun itu ditangkap di dua lokasi berasingan iaitu di Kelantan dan Gombak, Selangor.

Syerleena, 38, menemukan nota ugutan tersebut bersama timbunan surat di peti surat pusat khidmatnya pada kira-kira pukul 3.30 petang, 10 Julai lalu.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS