Keratan Akhbar

PEMUDA UGUT BUNUH POLIS DIDENDA RM4,500

Seorang pemuda di denda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku salah melakukan ugutanjenayah terhadap seorang penjawat awam dan perbuatan khianat terhadap sebuah lori milikPolis Diraja Malaysia (PDRM), 18 Julai lalu.

Mohd Syamil Kamil Mohd Radzi, 28, dituduh melakukan perbuatan itu kira-kira jam 2.55 petang di Kilometer 287.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Simpang Pulai, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber- Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS