Keratan Akhbar

LELAKI GUNA WECHAT JERAT WANITA DIBERKAS

Bukit Mertajam, 30 Julai 2018 - Menggunakan aplikasi WeChat untuk memperdaya wanita demi memuaskan nafsu sendiri.

Taktik seorang lelaki menggunakan aplikasi tersebut sejak Disember tahun lalu akhirnya menjerat diri apabila ditahan selepas polls menerima laporan seorang wanita yang mendakwa dirogol oleh suspek tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Abd. Hamid berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 37 tahun itu terlibat dalam empat kes rogol berasingan, namun hanya seorang mangsa tampil membuat laporan polis setakat ini.

Menurutnya, mangsa yang membuat laporan polis itu merupakan seorang remaja perempuan bawah umur selepas mendakwa diperdayakan suspek untuk berjumpa dengannya di sebuah pasar raya besar di Perai, dekat sini pada 12 Disember lalu.

Katanya, mangsa dikatakan telah mengenali suspek sejak Mei tahun lalu menerusi aplikasi tersebut dan berkongsi gambar payudaranya dengan suspek bagi mendapatkan kaedah kesuburan kerana menyangka suspek seorang wanita.

"Suspek kemudian mengugut untuk menyebarkan gambar itu jika mangsa enggan berjumpa dengannya dan bertindak merogol mangsa dalam sebuah kedai kosong di tingkat empat pasar raya berkenaan pada hari kejadian " katanya di sini hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS