Keratan Akhbar

KANAK-KANAK MAUT DITETAK BAPA POSITIF DADAH SYABU

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut ditetak bapa kandungnya di Flat Puchong Permai di Puchong, Selangor petang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian menemui mayat kanak-kanak itu di hadapan sebuah rumah di flat berkenaan dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah ditetak sebanyak tiga kali ketika sedang tidur.

Polis turut menjumpai parang yang digunakan suspek ketika melakukan jenayah tersebut dan ujian air kencing ke atas suspek mendapati positif dadah jenis Syabu.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Kosmo di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS