Keratan Akhbar

KES LEMPANG BUDAK TADIKA: POLIS SUDAH TAHAN DUA GURU YANG TERLIBAT

Perbuatan dua guru yang menggasari kanak-kanak di bawah jagaan mereka di sebuah tadika di Ayer Keroh, di Melaka akhirnya terbongkar selepas dua video tular di media sosial.

Video berdurasi 0.37 saat dan 2.12 minit itu mula tersebar di aplikasi Whatsapp sejak minggu lalu, yang menunjukkan seorang guru menampar seorang kanak-kanak hingga terjatuh dari kerusi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Mohd Nor Yhazid Idris mengesahkan dua guru terbabit berusia 21 dan 40 tahun telah ditahan bagi mernbantu siasatan polis di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Sinar Harian di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS