Keratan Akhbar

POLIS TUMPASKAN AKTIVITI SELUDUP DAN PENGEDARAN DADAH DENGAN RAMPASAN BERNILAI RM26.1 JUTA

Pulau Pinang dipercayai menjadi negeri transit bagi aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah berikutan kejayaan polis menumpaskan sindiket itu dengan rampasan terbesar tahun ini melebihi setengah tan bernilai RM26.1 juta di sini, Selasa lalu.

Dadah terbabit ditemukan hasil serbuan pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Negeri, Sekretariat Nukleus Narkotik (SNN), Biro Supression Narkotik Polis Diraja Thailand (RTP) dan Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB).

Timbalan Pengarah JSJN Datuk Kang Chez Chiang berkata, dalam serbuan jam 6.15 petang itu, pemeriksaan polis menemukan 506 kilogram (kg) syabu dan 26,000 pil ekstasi di enam lokasi berasingan di Pulau Pinang yang dijadikan stor simpanan bahan larangan itu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut..

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS