Keratan Akhbar

LIMA PENGEDAR DADAH WARGA MYANMAR DICEKUP

Lima buruh warga Myanmar diberkas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Bagan Sungai Besar, Sabak Bernam, awal pagi semalam.

Serbuan Op Tapis oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam diketuai Inspektor Norizan Ramli berjaya menahan lima suspek berusia dalam lingkungan 23 hingga 34 tahun yang disyaki aktif menjalankan kegiatan mengedar dadah secara kecil-kecilan sekitar Sungai Besar.

Hasil pemeriksaan polis di sebuah bilik menemui bungkusan beg plastik yang mengandungi 12 peket plastik pelbagai saiz mengandungi bahan disyaki heroin.

Dalam serbuan pada jam 3.50 pagi itu, polis merampas heroin seberat 37.93 gram dengan nilai keseluruhan berjumlah RM1,000.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS