Keratan Akhbar

POLIS SERBU PREMIS SAJI GADIS KARAOKE

Kota Tinggi, 10 September 2018 - Polis serbu restoran saji gadis karaoke Sebuah restoran yang menyediakan khidmat gadis karaoke dengan kadar bayaran antara RM50 hingga RM1,000 diserbu polis dalam Op Noda di Bukit Gelugor, Sungai Rengit di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Kota Tinggi Superintendan Ashmon Bajah berkata, serbuan jam 11.20 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi bersama pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, opera si pelacuran dan hiburan itu dilakukan selepas pihakya menerima maklumat berkaitan penganjuran aktiviti berkenaan di restoran terbabit.

"Polis menerima maklumat mengenai kegiatan sebuah restoran di Bukit Gelugor Sungai Rengit menganjurkan hiburan karaoke.

"Modus operandi mereka ialah dengan pelanggan membayar upah RM50 hingga RM1,000 sebelum dapat memilih penyanyi khas berdasarkan bayaran itu," katanya.

Menurutnya, serbuan yang diketuai Inspektor P Devendran itu mendapati premis berkenaan tidak memiliki lesen hiburan.

"Pemilik premis juga didapati mengupah pekerja asing tanpa permit.

"Tiga individu dilahan termasuk penjaga premis berusia 52 tahun dan dua wanita warga asing berusia 24 dan 28 tahun," katanya.

Menurutnya, turut dirampas ialah dua pembesar suara, mikrofon, televisyen, beg hitam mengandungi video cakera padat (VCD), lapan kalung bunga dan 19 kain kalung tertera nilai.

Sumber : Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS