Keratan Akhbar

AFRICAN SCAM: WANITA RUGI RM214,000

Seorang guru wanita bukan sahaja mengalami kerugian RM214,000 akibat ditipu 'teman lelaki' yang dikenali melalui laman web malah terpaksa membayar pinjaman yang dibuat kepada pihak bank.

Modus Operandi

1. Mangsa berkenalan dengan suspek yang mendakwa berasal dari Eropah sekitar Julai tahun lalu.
2. Mangsa yang masih bujang kerap berhubung dengan 'teman lelakinya' menerusi laman web.
3. Suspek kemudian meminta bantuan menyelesaikan masalah kewangan sehingga mangsa telah beberapa melakukan transaksi ke akaun suspek melalui dua akaun dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM214,000.
4. Selepas setahun perkenalan, mangsa mendapati laman web itu telah ditutup dan suspek gagal dihubungi. 
5. Mangsa membuat laporkan polis setelah merasakan beliau ditipu.

Pihak polis menasihatkan orang awam agar lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai penipuan sebegini yang juga dikenali sebagai African Scam.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS