Keratan Akhbar

MAIN KUTU BOLEH DIPENJARA, DIDENDA

POLIS memberi amaran bahawa mereka yang terlibat dalam aktiviti bermain kutu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun.

Amaran oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook Cyber Crime Alert menjelaskan, orang ramai berisiko untuk ditipu pada bila-bila masa kerana terdapat beberapa kes ibu kutu atau penganjur yang menghilangkan diri bersama wang yang disimpan oleh peserta.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia, Mohd. Yusof Abdul Rahman turut menyifatkan hukuman yang ditetapkan pihak berkuasa berhubung aktiviti bermain kutu sebagai wajar.

"Orang ramai dinasihatkan menyimpan wang mereka di institusi kewangan berdaftar berbanding menyertai permainan kutu ekoran ia dilihat mengandungi unsur penipuan selain mendatangkan kerugian sekiranya ditipu oleh penganjur," katanya.

Sumber : Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS