Keratan Akhbar

AWAS JERAT LICIK MACAU SCAM

- TAWARAN PINJAMAN TIDAK WUJUD MELALUI TELEFON DAN MEDIA SOSIAL 

Mangsa ditawarkan pinjaman mudah namun terpaksa membayar wang proses bagi tujuan kelulusan, Selepas bayaran diterima, suspek terus gagal dihubungi.

- MENYAMAR PEGAWAI POLIS, SPRM, KASTAM DAN BANK NEGARA.
Suspek menghubungi mangsa memperkenalkan pegawai agensi berkenaan memaklumkan nama atau akaun bank akan disenaraihitam kerana terlibat kes dadah atau pengubahan wang haram. Mangsa diminta pindahkan ke akaun suspek untuk siasatan sebelum wang tersebut lesap, Suspek akan hubungi mangsa dan menyamar sebagai pegawai polis dan memaklumkan ahli keluarga mangsa telah ditahan polis berkaitan kes dadah dan sebagainya Jika mahu selesaikan perkara itu, mangsa diminta untuk memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan sebagai jaminan pembebasan.

- MENYAMAR PEGAWAI BANK
Individu menyamar pegawai bank memaklumkan pinjaman atau kad kredit atas nama mangsa berlaku tunggakan dan minta jelaskan sebelum mengaitkan nama mangsa dengan kes jenayah,

- TAWARAN TENDER TIDAK WUJUD 
Mangsa ditawarkan tender atau projek tertentu namun perlu membayar sejumlah wang untuk proses. Selepas mangsa menjelaskan bayaran, suspek menghilangkan diri.

- JUAL BELI BARANGAN TIDAK WUJUD D) LAMAN SESAWANG DAN MEDIA SOSIAL 
Suspek mengiklan barangan yang hendak dijual dan mangsa berminat membuat bayaran pendahuluan atau bayaran penuh. Namun selepas bayaran dibuat suspek gagal dihubungi

- BUNSKUSAN HADIAH LUMAYAN DARI LUAR NEGARA
Suspek mendekati mangsa melalui media sosial dan berkenalan dalam tempoh masa tertentu sebelum berjanji menghantar hadiah lumayan kepada mangsa. Suspek kemudiannya memberi pelbagai helah kononnya hadiah dikirim ditahan pihak kastam dan perlu dibayar denda.

-JUAL BELI WANG ATAU SYILING LAMA DFNGAN HARGA TINGGI 
Iklan ini banyak di post di laman sosial Instagram, Facebook. Suspek melelakkan gambar profil orang luar bagi meyakinkan pembeli tempatan.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS