Keratan Akhbar

SYABAS POLIS SABAH TUMPASKAN SINDIKET DADAH, RAMPAS SYABU BERNILAI RM2.5 JUTA

Polis Sabah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penyalahgunaan dadah selepas rnerampas Syabu seberat 51.9 kilogram dianggarkan bernilai RM2.5 juta di Lahad Datu, Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor, turut ditahan adalah seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai ahli sindiket berkenaan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 7 akta yang sama (Perlucuthakan Harta) 1988.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS