Keratan Akhbar

PERKEMBANGAN KES PUKUL PEKERJA STESEN MINYAK: SUSPEK KINI DIREMAN TIGA HARI

Seorang lelaki berusia 25 tahun direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes pukul seorang pekerja sebuah stesen minyak di Sungkai, Perak pada awal bulan ini yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Suspek yang ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, seorang lagi suspek ditahan pada pukul 9.45 malam kelmarin di rumahnya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Katanya, suspek berusia 40 tahun itu direman bermula semalam sehingga Ahad ini dan akan disiasat mengikut seksyen sama.

Manakala suspek kedua pula ditahan semalam pada pukul 4.15 petang setelah datang ke IPD Tapah untuk menyerah diri. Kedua-dua suspek kini direman untuk membantu siasatan polis.

Berita lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di bawah.

#Ron95KeRon97?

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS