Keratan Akhbar

TIGA PUSAT HIBURAN DISERBU, 54 GRO WARGA ASING DITAHAN

Seorang gadis berusia 17 tahun yang dipercayai terpaksa berkhidmat sebagai pelayan pelanggan di sebuah pusat hiburan di Muar berjaya diselamatkan selepas premis berkenaan diserbu sepasukan poIis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Dalam serbuan jam 1.30 pagi semalam, tiga pusat hiburan di sekitar daerah Muar diserbu apabila dipercayai membekalkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) yang terdiri daripada warga asing.

Serbuan telah berjaya menahan 54 wanita warganegara Vietnam berusia antara 27 hingga 38 tahun di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Turut ditahan tiga pengurus premis yang merupakan lelaki tempatan berusia antara 34 hingga 56 tahun di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Hiburan Negeri Johor. Ketiga-tiga individu berkenaan ditahan atas kesalahan menggaji dan melindungi pekerja asing tanpa permit kerja yang sah serta menjalankan pusat hiburan tanpa lesen perniagaan sah.

Seorang pengurus premis terbabit turut diambil tindakan di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang kerana mengeksploitasi orang dan kanak-kanak untuk bekerja sebagai GRO di pusat hiburan tersebut.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS