Keratan Akhbar

15 WARGA ASING DITAHAN, 15 MOTOSIKAL CURI DIRAMPAS

Seramai 15 individu warga asing ditahan dalam Op Lejang Sawit yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu PejabatPolis Kontinjen (IPK) Perak di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Simpang Pulai, Batu Gajah awal pagi semalam.

Dalam operasi jam lebih kurang 1.00 pagi itu, polis merampas 15 buah motosikal dipercayai motosikal curi. Hasil pemeriksaan polis mendapati kesemua motosikal tidak mempunyai dokumen yang sah.

Menurut polis, serbuan diadakan bertindak atas maklumat dan risikan di kawasan penempatan pekerja ladang terbabit. Pihak polis memeriksa kira-kira 185 motosikal milik pekerja ladang.

Suspek yang ditahan terdiri daripada warganegara Indonesia dan India serta berumur antara 20 hingga 40 tahun.

Sumber: Tamil Nesan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS