Keratan Akhbar

MANDUR DITAHAN SIMPAN MERCUN DI RUMAH

Seorang mandur ladang sawit ditahan kerana menyimpan sejumlah mercun di rumahnya di Ladang Bukit Asahan, Jasin, Melaka, semalam.

Tangkapan ke atas lelaki berusia 33 tahun itu dilakukan dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.

Serbuan polis membawa kepada rampasan tiga kotak mercun pelbagai jenama.

Sumber: HARIAN METRO

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS