Keratan Akhbar

POLIS EVO 2 TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG MESEJ MENGHLNA ISLAM

Shah Alam, 21 November 2018 - Filem Polis Evo 2 dinilai tidak mengandungi sebarang mesej menghina kepada Islam, sebaliknya lebih kepada mengetengahkan fahaman fanatik sesal yang memberi ancaman kepada negara.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad AI-Bakri berkata, secara umumnya, Polis Evo 2 cuba membangkitkan naratif jihad yang sebenar melawan psuedo-jihad.

'Watak antagonis seperti Hafsyam (lakonan Hasnul Rahmat) tidak menampakkan dia sebagai seorang pengganas atas nama Islam secara mutlak kerana tidak ada dialog atau babak yang klise dalam menggambarkan pengganas atas nama agama seperti bertakbir dan menggunakan apa-apa ayat al-Qur'an atau hadis.

"Begitu juga, tidak ada langsung padanya ciri-ciri yang sering dibayangkan pada sosok pengganas atas nama agama dalam filem-filem barat seperti berjambang, ucapan yang penuh dengan nukilan dalil konsisten dengan ibadah dan lain-lain," katanya dalam catatan di laman sesawang rasminya bertajuk Bayan Linnas Siri ke 145: Pendirian Mufti Wilayah Persekutuan Berhubung Isu Polis Evo2, kelmarin.

Bacaan penuh di : Akhbar Sinar Harian Halaman 16

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS