Keratan Akhbar

POLIS SUDAH TAHAN KAKAK DAN ABANG KANDUNG JOLOK ROTAN DALAM MULUT ADIK OKU

Polis Kedah sudah menahan seorang lelaki dan wanita yang juga merupakan abang dan kakak kandung seorang wanita orang kurang upaya (OKU) kerana melakukan penderaan fizikal terhadap adiknya di Kulim, Kedah.

Berdasarkan laporan perubatan, wanita OKU tersebut bukan sahaja mengalami luka-luka di tubuh badan malah kerongkongnya juga cedera dipercayai didera dengan cara menjolok rotan ke dalam tekaknya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya.

Berita lanjut menerusi keratan akhbar Kosmo di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS