Keratan Akhbar

PERSONALITI HATI BESI: ASP T PUGALENDHI

ASP Pugalendhi yang merupakan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Bukit Aman mengakui akibat kesibukan tugas khusus ketika mengendalikan kes jenayah, ada kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa tidur dipejabat.

Beliau yang mula berkhidmat bersama PDRM pada 1 November 2003 sebagai Inspektor percubaan percaya displin tinggi diterapkan dalam perkhidmatan menjadikan setiap warga PDRM tabah memikul tanggungjawab diamanahkan.

Menceritakan mengenai kerjanya sebagai pegawai D9, ASP Pugalendhi kerap terbabit dalam operasi Op Cantas, Op Rantau, Op Tebuk dan Op Morning Glory. Beliau turut mendedahkan mereka turut menjadi sasaran penjenayah yang mahu membalas dendam.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS