Keratan Akhbar

TRAGEDI NAFSU MEMECUT, POLIS BUKA KERTAS SIASATAN

Polis melakukan siasatan menyeluruh termasuk dakwaan kemungkinan dua kenderaan yang kemalangan di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang di sini, semalam, disyaki berlumba.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih terjunam ke dalam laut selepas berlanggar dengan kereta Toyota Vios yang terbabas ke lorong kanan menghala ke Seberang Prai, Usaha mencari kenderaan itu masih diteruskan dan turut menggunakan khidmat empat penyelam daripada Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, sehingga jam 6 petang, kenderaan dan pemandunya masih belum ditemui.

"Pencarian masih diteruskan dan kami menggunakan khidmat empat penyelam daripada Pasukan Polis Marin (PPM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk mengesan mangsa.

"Sekiranya kenderaan ini berjaya ditemui, pihak berkuasa jambatan akan membantu menarik keluar kenderaan menggunakan kren," katanya.

Kami juga mengesahkan rakaman kemalangan itu yang tular sejak pagi ini.

Smentara itu, laporan orang hilang yang dibuat seorang bapa membolehkan identiti pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) putih yang terlibat dalam nahas itu.

Bacaan lanjut : Harian Metro, halaman 6

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS