Keratan Akhbar

BUAT FB LIVE TERJUN LAUT: SUSPEK STABIL, POLIS BUKA KERTAS SIASATAN


Disebabkan isteri minta cerai, seorang individu nekad cuba membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang sambil membuat live Facebook untuk tontonan umum, kelmarin.

Suspek walau bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh sekumpulan nelayan yang berada di bawah jambatan tersebut sebelum menyerahkannya kepada pihak Pasukan Polis Marin (PPM).

Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara setahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Harian Metro di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS