Keratan Akhbar

POLIS TERIMA LAPORAN VIDEO TULAR KANAK-KANAK DIPUKUL

Taiping: Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid mengesahkan pihak polis telah menerima laporan berhubung kes seorang kanak-kanak dipukul dan dimarahi seorang lelaki dalam satu rakaman video yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan merupakan seorang daripada penghuni sebuah rumah kebajikan di bandar itu.

Tambah beliau, tindakan lelaki berkenaan berbuat demikian dipercayai berang selepas kanak-kanak terbabit meletakkan gula-gula getah pada keretanya.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: one or more people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS