Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 69 KOMANDO, UTK AKAN DIPERBESAR

Ipoh, 22 September 2019 - Jumlah keanggotaan pasukan 69 Komando dan Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditambah hingga 40 peratus daripada kekuatan sedia bagi memastikan tahap pengoperasian pasukan berkenaan dapat dioptimumkan.

Penambahan itu perlu bagi mengimbangi penugasan kedua-dua pasukan yang turut ditugaskan secara bergilir bagi mengekang ancaman di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabar (ESSCOM).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, kertas cadangan bagi perkara tersebut telah pun siap dan akan dikemukakan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena majlis penyampaian sumbangan asnaf kepada balu veteran 69 Komando dan pelepasan konvoi Kembara 4x4 Di Sini Kami Bermula, di Kem Ulu Kinta, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS