Tular baru-baru ini di platform media sosial mengenai sekumpulan individu yang tidak menghormati nyanyian Lagu Kebangsaan - Negaraku yang dirakam pada satu majlis dipercayai berlaku di Sarawak.
Tahukah anda bahawa individu yang tidak menghormati dan enggan berdiri tegak ketika lagu Negaraku berkumandang boleh dihukum penjara sehingga sebulan dan denda RM100 di bawah Akta Lagu Kebangsaan 1968.
Sebagai seorang rakyat Malaysia, lontarkan komentar dan pandangan anda terhadap isu ini serta cadangan yang perlu diambil kepada individu yang biadap terhadap lagu Negaraku.

Sumber keratan akhbar : Kosmo