Keratan Akhbar

PROGRAM JALINAN KASIH PERKEP MALAYSIA BANTU KELUARGA POLIS KURANG BERNASIB BAIK

Kuantan, 23 Oktober 2019 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia telah membantu kira-kira 100 individu dalam kalangan pegawai, anggota serta keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kurang bernasib baik dalam siri jelajah program jalinan kasih yang diadakan di seluruh negara.

Pengerusinya, Puan Sri Norazrin Marzuki berkata, sumbangan berbentuk wang tunai diberikan kepada warga PDRM yang masih berkhidmat dan ditimpa musibah seperti kemalangan atau menghidap penyakit kronik bagi meringankan bebanan mereka.

“Setakat ini, PERKEP telah memberikan sumbangan di kontinjen Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

“PERKEP akan teruskan di kontinjen lain termasuk Sabah dan Sarawak. Walaupun peruntukan kami terhad, Perkep Malaysia akan cuba cari dana dan bantu mereka,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 19 penerima pada Program Jalinan Kasih Perkep Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di https://www.hmetro.com.my/…/20…/10/509875/100-dibantu-perkep


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS