Keratan Akhbar

SCAM ALERT: USAH TERTIPU DENGAN TAWARAN LELONG KENDERAAN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak 32 laporan berhubung penipuan penjualan kereta lelong membabitkan kerugian berjumlah RM240,000, sejak dari tahun 2008 hingga kini.

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, DCP Dato' Saiful Azly Kamaruddin menasihati orang ramai supaya tidak menerima tawaran lelongan daripada individu yang mendakwa sebagai wakil daripada pihak berkuasa.

Selain itu, individu yang berminat membeli kenderaan lelong dinasihatkan untuk berhubung terus dengan agensi berkenaan termasuk memeriksa sama ada tawaran itu wujud ataupun tidak.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro

Image may contain: 1 person

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS