Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ANGGOTA POLIS HARUNG AIR SELEPAS SISTEM BACAAN PARAS AIR ALAMI GANGGUAN

Tumpat, 11 Disember 2019 - “Setiap sejam kami meredah banjir untuk melihat bacaan di stesen bacaan paras air yang terletak 50 meter dari balai," kata Koperal Tuan Ahmad Amali Tuan Hin.

Beliau yang juga pemangku Ketua Balai Polis Kuala Jambu berkata, pemeriksaan paras air secara manual terpaksa dibuat pada hari pertama banjir berikutan terdapat gangguan sistem untuk memantau paras air Sungai Golok yang meningkat.

Selain beliau, 10 lagi anggota bertugas bergilir-gilir mengharung air sehingga paras 0.7 meter yang mula memenuhi persekitaran balai untuk memeriksa paras air.

Tuan Ahmad berkata, sepanjang seminggu banjir melanda, dia dan beberapa anggota Ielaki berkampung di bilik mesyuarat dalam pekarangan balai kerana ruang balai dipenuhi air sehingga 0.5m.

Bacaan lanjut pada keratan akhbar yang dilampirkan.

Image may contain: one or more people, people standing and shoes

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS