Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN]: INFO PALSU KES EMPANGAN PECAH DI CAMERON HIGHLANDS

Kuantan, 19 Disember 2019 - Polis mengesahkan berita mengenai empangan pecah di Cameron Highlands yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp adalah palsu.

Ketua Polis Pahang, CP Dato' Abd Jalil Hassan berkata, sehingga kini tiada kes empangan pecah berlaku di negeri itu.

Menurutnya, pihaknya sentiasa meningkatkan pengawasan di kawasan banjir mahupun dikenalpasti berkemungkinan banjir.

"Orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat semakan dengan pihak polis terlebih dahulu sebelum menularkan sebarang berita yang tidak diketahui kebenarannya. Usah cepat menyampaikan sesuatu sedangkan ia palsu," katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Pahang di Alor Akar, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

Image may contain: 1 person, text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS