Keratan Akhbar

#KLSummit2019 KOP MANTAP-TISAS TRABZON BEKERJASAMA BANGUNKAN KILANG SENJATA API PERTAMA DI MALAYSIA

Kuala Lumpur, 19 Disember 2019 - Anak syarikat milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM), KOP Mantap Berhad mengorak langkah setapak lagi dalam industri keselamatan dan pertahanan negara apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat pembuat senjata api terkemuka di Turki iaitu TISAS-TRABZON.

Pada majlis tersebut, Pengerusi KOP Mantap Berhad, Datuk Seri Ayub Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KOP Mantap Berhad, Datuk Iskandar Datuk Abdul Malik bertukar MoU bersama Pengerusi TISAS TRABZON, Ahmet Alemdaroglu dan Timbalan Pengerusi TISAS-TRABZON, Abdullah Ardem.

Majlis pertukaran MoU itu diadakan sempena KL Summit 2019 dan disaksikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Putrajaya semalam.

Bacaan lanjut di artikel terbitan Sinar Harian seperti berikut: https://www.sinarharian.com.my/…/Kerjasama-bangunkan-kilang…

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS