Keratan Akhbar

MESEJ TULAR PALSU: BUKAN BANGUNAN NAK RUNTUH, MEMANG REKA BENTUK BEGITU!

Shah Alam, 23 Disember 2019 - Sebuah bangunan dalam pembinaan di Jalan Conlay, Kuala Lumpur yang kelihatan condong bukan menandakan akan runtuh sebaliknya ia adalah reka bentuk unik bangunan itu.

Gambar projek pembinaan 8 Conlay itu yang kelihatan condong menjadi tular di media sosial dengan kapsyen mendakwa bangunan tersebut akan runtuh.

Gara-gara gambar tersebut telah mencetuskan kebimbangan orang ramai untuk tidak melalui kawasan berhampiran dengan pusat membeli-belah, Pavilion itu.

Menerusi satu kenyataan oleh pemajunya, KSK Land berkata, ia adalah reka bentuk bangunan berkenaan yang menjadikannya kelihatan seperti itu.

Gambar risalah bangunan menunjukkan bahagian lengkung itu merupakan sebahagian daripada reka bentuknya.

Bacaan selanjutnya menerusi pautan Portal Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/…/BER…/Viral/Bukan-nak-runtuh

Image may contain: skyscraper, sky and outdoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS