Keratan Akhbar

#JomBeringat: KERATAN AKHBAR PILIHAN: MEDIA SOSIAL 'LUBUK' SINDIKET CARI MANGSA

Menurut pakar kriminologi, Datuk Seri Akhbar Satar, platform Facebook dan Instagram menjadi rujukan utama ahli sindiket bagi mendapatkan maklumat mangsa sekali gus memudahkan kegiatan penipuan dijalankan.

Rata-rata pemilik akaun akan mendedahkan maklumat seperti profil peribadi, latar belakang diri, tahap pendidikan, minat dan kecenderungan termasuk butiran kerjaya di laman sosial.

Mereka juga memaparkan nombor telefon, e-mel dan alamat syarikat secara terbuka yang membolehkan sesiapa sahaja dapat melihat maklumat tersebut.

Tahukah anda, kesemua itu adalah data raya (big data) yang merangkumi keseluruhan maklumat tentang diri seseorang dan memudahkan sindiket untuk mencari mangsa?

Walaupun terdapat ciri keselamatan yang dibangunkan bagi menyokong aplikasi berkenaan, perlu diingatkan bahawa ahli sindiket juga memiliki kepakaran dalam bidang teknologi maklumat dan mereka sentiasa mencari jalan bagi menceroboh sistem keselamatan tersebut.

Justeru, pemilik akaun dinasihatkan agar sentiasa ‘berfikir dua kali’ sebelum memasukkan maklumat peribadi dalam media sosial dan elakkan permintaan rakan (friend request) daripada mana-mana akaun individu yang tidak dikenali.

Sumber: Sinar Harian

Image may contain: 2 people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS