Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 5,000 PENGUAT KUASA PANTAU PEROKOK DI PREMIS MAKANAN


Kuala Lumpur, 1 Januari 2019 – Seramai 5,000 pegawai Kementerian Kesihatan digerakkan di seluruh negara untuk menguatkuasakan larangan merokok di kawasan tidak dibenarkan, termasuk tempat makan, bermula tengah malam tadi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye, berkata pegawai dari bahagian Kesihatan Persekitaran Kementerian Kesihatan akan memantau semua lokasi larangan merokok yang dikuatkuasakan mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Yakin dengan bilangan pegawai itu, beliau berkata, kebanyakan restoran di seluruh negara mematuhi peraturan wajib memasang notis larangan merokok.

Katanya, kadar merokok di tempat makan turut berkurangan sejak Kementerian Kesihatan mewartakannya sebagai kawasan larangan merokok berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

Tiada penerangan foto disediakan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS