Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KENA JERAT JADI KELDAI AKAUN

Kuala Lumpur, 12 Januari 2019 - Sindiket penipuan dalam talian dikesan menyasarkan lima kategori orang awam untuk dijadikan ‘keldai akaun’ bagi menerima wang daripada mangsa jenayah mereka, hanya dengan upah RM1,000.

Sasaran utama adalah penagih dadah, penganggur, pesara, peminjam daripada ceti haram atau along serta individu lembam, terutama yang dikenal pasti mempunyai masalah kewangan atau terdesak mendapatkan wang.

Modus operandi terbabit menjadi pilihan rata-rata sindiket penipuan atas talian, sama ada menawarkan pinjaman tidak wujud, penjualan barang, Macau Scam dan African Scam yang menggunakan internet sebagai medium operasi jenayah mereka.

Mereka yang dirasakan berpotensi dijadikan keldai akaun, terlebih dahulu dipantau dan diperhatikan ejen sindiket yang kemudian akan menghampiri dan berbual-bual dengan sasaran menggunakan pelbagai helah dan alasan.

Difahamkan, bayaran kepada keldai akaun juga berbeza-beza dan bergantung kepada tahap kesukaran memujuk sasaran serta boleh mencecah sehingga sehingga RM2,500.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad ketika ditemui Berita Harian (BH), mengakui modus operandi berkenaan digunakan sindiket untuk menerima wang hasil penipuan mereka.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di bawah.




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS