Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: HUKUMAN LEBIH BERAT BAGI PEMANDU MABUK

Putrajaya, 30 Januari 2020 - Kabinet bersetuju untuk meminda undang-undang sedia ada berkaitan kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, pengaruh dadah serta memandu secara bahaya.

Menteri Pengangkutan, Tuan Anthony Loke Siew Fook, berkata akta sedia ada akan dipinda untuk memberi hukuman lebih berat dan setimpal ke atas mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Katanya, cadangan itu akan dibincangkan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Peguam Negara dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) bagi membincangkan dari sudut perundangan.

"Kajian itu akan mengambil masa beberapa bulan dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada sesi kedua pada Jun atau Julai ini," katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

Image may contain: 1 person
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS