Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: WASPADA BAHAYA VIRUS DAN VIRAL

#CORONAVIRUS

Sejak seminggu lalu, dunia dikejutkan dengan penularan coronavirus (2019-nCoV) yang dilaporkan merebak dengan pantas, susulan pergerakan keluar penduduk dari bandar raya Wuhan dalanm wilayah Hubei, China.

Dalam tempoh singkat, Malaysia menerima kesan apabila pelancong yang terlepas masuk ke negara ini dikesan terkena jangkitan yang setakat ini sudah lapan kes disahkan positif berada dalam kuarantin dan rawatan di hospital.

Ketika pelbagai langkah pencegahan diambil kerajaan, perbuatan segelintir individu menularkan maklumat palsu berkaitan jangkitan yang berlaku adalah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.

Atas nama kebebasan bersuara, berkongsi pandangan, pendapat atau melemparkan persoalan, golongan ini menjadikan media sosial sasaran melampiaskan agenda masing-masing mengikut nafsu peribadi yang sebenarnya mahu mencetuskan rasa panik dalam kalangan rakyat, apabila maklumat dikongsikan itu palsu atau fitnah.

Mungkin ada yang berbuat demikian demi mengejar populariti atau menarik perhatian masyarakat, tetapi apa yang pasti berpada-pada berkongsi maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya. Ibarat terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Bacaan penuh pada keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

Image may contain: 1 person
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS