Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: REMAJA MENYAMAR ‘INSPEKTOR RAMDAN’ DITAHAN

Batu Pahat, 3 Februari 2020 - Padah menyamar Inspektor polis, seorang remaja lelaki 19 tahun ditahan selepas menghampiri dua anggota polis yang sedang membuat tugasan pemantau dan pencegahan samseng jalanan di Kilometer 19, Jalan Kluang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, remaja berkenaan yang lengkap seragam polis itu menghampiri dua anggota terbabit dan memperkenalkan diri sebagai Inspektor Ramdan dari Cawangan Risikan Operasi Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Runggai berkata, suspek yang menunggang motosikal Honda EX5 itu memberitahu anggota berpangkat Sarjan dan Lans Koperal terbabit dia sedang menjalankan tugas risikan kegiatan lumba haram di kawasan Parit Raja.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS