Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: CUBAAN EKSPORT SECARA HARAM, PGA SARAWAK RAMPAS BATU KARANG BERNILAI LEBIH RM2 JUTA

Kuching, 9 Februari 2020 - Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) mencatat kejayaan pertama menumpaskan kegiatan penjualan batu karang secara haram di negeri ini hasil serbuan sepasukan sembilan anggotanya di sebuah rumah di Kampung Pandan, Lundu, malam kelmarin.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Rosdi Inai, berkata serbuan yang disertai dua pegawai Sarawak Forestry Corporation (SFC) kira-kira jam 11 malam itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan, pihaknya menemui 2,493 batu karang pelbagai saiz dan spesies yang disimpan di dalam tangki khas.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di bawah.

Image may contain: 2 people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS